ISU KEJURUTERAAN GENETIK PDF

Genom pula ialah maklumat warisan menyeluruh yang dikodkan dalam DNA yang merupakan juzuk utama yang membentuk bahan genetik. DNA atau asid deoksibonukleik ialah bahan penentu ciri-ciri baka kebanyakan hidupan. Kemajuan sains hari ini memungkinkan DNA diedit, mengubah kejadian alam, mengambil kesemulajadian ke tangan manusia untuk kemudian dijadikan daya ciptaannya sendiri. Kejadiannya telah diubah suai untuk tujuan-tujuan yang masih lagi boleh diperbahaskan kesan buruk dan baiknya. Bagaimanapun untuk pasar konsumerisme ia merupakan suatu perkara yang baik. Misalnya, sayur dan buah GMO organisme ubah suai secara genetik bersifat tahan penyakit, tahan lama, segar dan tidak segera layu.

Author:Gajora Golrajas
Country:Denmark
Language:English (Spanish)
Genre:Life
Published (Last):26 April 2007
Pages:484
PDF File Size:6.11 Mb
ePub File Size:4.27 Mb
ISBN:920-2-55920-768-6
Downloads:60505
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Akinomi



Genom pula ialah maklumat warisan menyeluruh yang dikodkan dalam DNA yang merupakan juzuk utama yang membentuk bahan genetik. DNA atau asid deoksibonukleik ialah bahan penentu ciri-ciri baka kebanyakan hidupan. Kemajuan sains hari ini memungkinkan DNA diedit, mengubah kejadian alam, mengambil kesemulajadian ke tangan manusia untuk kemudian dijadikan daya ciptaannya sendiri.

Kejadiannya telah diubah suai untuk tujuan-tujuan yang masih lagi boleh diperbahaskan kesan buruk dan baiknya. Bagaimanapun untuk pasar konsumerisme ia merupakan suatu perkara yang baik. Misalnya, sayur dan buah GMO organisme ubah suai secara genetik bersifat tahan penyakit, tahan lama, segar dan tidak segera layu. Akibat kesihatan para pemakannya tidaklah begitu penting sangat.

Apalagi kalau pengeluaran boleh dibuat secara besar-besaran dalam skala industri, ladang dan kilang. Komoditi makanan organik pula tergolong barangan mewah atau separa mewah yang tidak mampu dinikmati oleh kebanyakan pembeli rakyat biasa. Baru-baru ini dilaporkan media antarabangsa para saintis untuk pertama kalinya berjaya mengedit mutasi berbahaya daripada genetik dalam kandungan embrio manusia.

Dalam kejayaan bersejarah itu, para saintis mengedit genetik di dalam embrio manusia untuk membetulkan mutasi yang menyebabkan penyakit biasa yang berbahaya, lantas menghasilkan janin bayi yang sihat. Walaupun penggunaan teknologi ini untuk kegunaan klinikal perubatan masih jauh lagi, ia meningkatkan jangkauan bahawa pada suatu hari nanti pengeditan genetik akan melindungi bayi daripada berbagai wabak penyakit dan keadaan hayat tubuh yang diwarisi DNA secara turun-temurun.

Awal bulan ini, akhbar New York Times melaporkan para saintis di Oregon Health and Science University Amerika Syarikat bersama rakan-rakan mereka di California, China dan Korea Selatan untuk pertama kalinya memperbaiki sejumlah embrio yang dapat menyumbang kepada penyakit kematian secara tiba-tiba pada kehidupannya akan datang.

Edit DNA Jika kandungan embrio dengan mutasi genetik yang telah dibaiki dan dibetulkan itu dibenarkan untuk terus tumbuh membesar menjadi janin bayi, mereka bukan sahaja bebas daripada wabak penyakit berbahaya tetapi tidak akan mewariskan penyakit keturunan itu kepada zuriat mereka. Secara hipotesisnya juga diandaikan ia berupaya membuang penyakit pusaka keturunan lainnya seperti pekak dan buta atau menjadikan bayi imun terhadap virus HIV.

Kebimbangan mengenai akibat yang tidak terjangkau daripada melakukan pengubahan yang boleh diwariskan keturunan dalam DNA manusia telah lama ditakuti manusia. Kesan buruknya terhadap jalinan dan susunan masyarakat perlu dibincangkan dengan lebih mendalam dari segi sains, budaya, ekonomi politik, kenegaraan dan etika moral keagamaan manusia itu sendiri.

Jawatankuasa Etika Bio Antarabangsa IBC Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu PBB dalam laporan panel pakar pada memberi amaran menentang cubaan melahirkan bayi-bayi designer dan manusia eugenic penghasilan kualiti manusia yang lebih baik mutunya, melalui prinsip keturunan.

Negara-negara anggota badan Unesco pada mengiktiraf pengisytiharan sejagat berkenaan etika bio dan hak asasi manusia bagi menangani isu-isu etika yang timbul daripada perubahan pantas dalam bidang perubatan, sains kaji hayat dan teknologi.

Pengisytiharan tersebut menyenaraikan genom manusia sebagai warisan kemanusiaan, menggariskan peraturan yang perlu dipatuhi bagi menghormati maruah manusia, hak asasi manusia dan kebebasan asasnya.

Menakluk takdir sendiri Hayat tubuh manusia sebaik dilahirkan dari bayi sehinggalah ke penghujung usianya melalui tahap demi tahap dalam suatu kitaran kelahiran dan kematian. Dalam proses ini, tidak semua upayanya sempurna, ada kurang dan ada lebihnya. Namun demikian, barangkali nasib dan ketentuan takdir bakal menjadi konsep zaman kuno, manusia super moden cuba menakluk takdirnya sendiri. Dahulu, manusia pernah melakukannya.

Ketika dia menemukan cara dan teknologi pertanian untuk menanam tumbuhan dan menternak binatang, lantaran itu dia telah mengeluarkan kudratnya daripada rantaian makanan alam. Dia bukan lagi pemburu dan pengumpul hasil hutan. Dia mengusahakan rezekinya sendiri. Ketika ini, manusia sedang menemukan cara dan teknologi yang bukan sekadar mencabar rantaian makanan alam, malah kini dia mencabar kitaran nyawa, fikiran, akal dan hayat kewujudannya sendiri.

Teknologi bukan dicipta sebagai saingan, melainkan perkakas yang membantu mempermudah menjalani kehidupan ini. Ia bukan kebaikan atau keburukan. Memilih teknologi dan mesin, manusia hilang kesemulajadian alamnya.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini. Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik. Langgan dengan hanya RM setahun atau RM20 sebulan.

PRACTICAL FEA BY NITIN GOKHALE PDF

Cabaran Isu Semasa : Kejuruteraan Genetik

Selain itu juga, bagi pasangan yang tidak mempunyai anak, kaedah kelahiran melalui kejuruteraan genetik akan dapat membantu pasangan terbabit memperoleh zuriat sendiri bagi meneruskan kesinambungan hidup atau keturunan mereka. Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan. Secara tidak langsung, bidang kejuruteraan genetik telah dapat mencorakkan semula bidang penghasilan produk ke arah hasil yang lebih baik dan terjamin, serta pulangan yang lumayan kepada para pengusaha. Walaupun begitu, kita tidak seharusnya lupa terhadap kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku terhadap ketamadunan manusia jika sekiranya teknologi dalam bidang kejuruteraan genetik ini tidak dikawal oleh pihak yang berkenaan. Hal ini kerana, di luar sana terdapat banyak manusia yang rakus mengejar kebendaan, cita-cita dan hawa nafsu semata-mata untuk mengejar kemasyhuran dan kebendaan juga kekuasaan. Sekiranya teknologi kejuruteraan genetik ini dikuasai oleh golongan sebegini, ia akan menjadi ancaman kepada kehidupan manusia sejagat.

MANUAL ESTACION TOTAL NIKON DTM 322 PDF

Kejuruteraan genetik

Bagi sebilangan ilmuan dan penyokong kejuruteraan genetik, kehadiran Dolly telah menghidupkan banyak peluang dalam bidang kajian sains, terutama bagi memperolehi sumber-sumber serta kegunaan baru dalam bidang tersebut. Selain itu juga, bagi pasangan yang tidak mempunyai anak, kaedah kelahiran melalui kejuruteraan genetik akan dapat membantu pasangan terbabit memperoleh zuriat sendiri bagi meneruskan kesinambungan hidup atau keturunan mereka. Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan. Secara tidak langsung, bidang kejuruteraan genetik telah dapat mencorakkan semula bidang penghasilan produk ke arah hasil yang lebih baik dan terjamin, serta pulangan yang lumayan kepada para pengusaha. Walaupun begitu, kita tidak seharusnya lupa terhadap kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku terhadap ketamadunan manusia jika sekiranya teknologi dalam bidang kejuruteraan genetik ini tidak dikawal oleh pihak yang berkenaan. Hal ini kerana, di luar sana terdapat banyak manusia yang rakus mengejar kebendaan, cita-cita dan hawa nafsu semata-mata untuk mengejar kemasyhuran dan kebendaan juga kekuasaan.

GROZA W TALABHEIM PDF

Ubah kejadian dengan kejuruteraan genetik

.

Related Articles